Wednesday, February 15, 2006

Daripada Constantinople kepada Istanbul

Tanggal 29 Mei setiap tahun, umat Islam di Istanbul meraikan ulangtahun pembukaan kota itu untuk kesekian kalinya. Pelbagai acara dianjurkan oleh İstanbul Buyukşehir Belediyesi sempena dengan hari tersebut. Ceramah, pertandingan gusti, dan lain-lain aktiviti diadakan sempena ulangtahun kemenangan tersebut.

Tahun berganti tahun, namun berapa ramaikah umat Islam yang mengetahui tentang tarikh tersebut dan peristiwanya? Tidak perlulah ditanya adakah umat Islam di negara lain turut meraikannya jika peristiwa tersebut pun tidak diambil peduli (ataupun tidak diketahui).

Nampaknya peristiwa sebegini jarang mendapat tempat khususnya dalam masyarakat kita hari ini yang lebih sibuk untuk 'meraikan' hari kebesaran 'orang lain' termasuklah Valentine's Day dan lain-lain.

Namun begitu, penulis tidaklah berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak apatah lagi mereka yang tidak tahu mengenai perkara ini, kerana perkara berkaitan Uthmaniyyah jarang-jarang disebarluaskan hatta dalam buku teks Sejarah di sekolah pun!

Setebal-tebal buku Sejarah yang digunakan dalam kelas selama 5 tahun di sekolah menengah, tidak sampai 5 helai mukasurat pun yang membicarakan mengenai sejarah Turki dalam kerangka yang sepatutnya.

Penulis bukanlah berhajat hendak meluahkan rasa ketidakpuasan hati di sini, sekadar berkongsi pandangan (mungkin dalam keadaan yang agak 'panas'). Tiada gunanya juga jika penulis sekadar 'membebel', tanpa memberi maklumat apakah yang berlaku pada 29 Mei 1453.

Untuk mengetahui kisah tersebut, sila klik di sini untuk mengikuti catatan sejarah pembukaan Istanbul. Terlalu banyak untuk dipelajari dari kisah jatuh bangun kerajaan Uthmaniyyah ini. Jadilah kita orang-orang yang mengambil pengajaran dari kisah-kisah yang terdahulu.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP