(Foto: saifulislam.com)
Lebih 100 orang peserta telah memeriahkan Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453 anjuran One Heart Creative Solutions dan Ibrah Paradigm Training & Consultancy dengan kerjasama GPTD, pada 28 Mei yang lalu di Kuliyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.
Program GPTD yang telah dirancang awal bersama Pak Latip pada tarikh yang sama di salah sebuah institusi perguruan, terpaksa ditangguhkan untuk memberi laluan kepada program yang bersejarah ini.
Seminar ini turut menghimpunkan tokoh-tokoh utama tempatan dalam bidang kajian Dawlah Osmanlı / Sultan Muhammad al-Fatih, iaitu:
- Tuan Abdul Latip Talib (Pak Latip) - Pengucaptama
- Dr Emaan Muhammad Abbas - Pembentang
- Ust. Hj. Hasrizal Abdul Jamil - Pembentang
- Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman - Pembicara Penutupan
GPTD turut diberi kepercayaan untuk menghasilkan draf awal resolusi seminar di samping memeriahkan program dengan pameran Sultan Muhammad al-Fatih.
Program turut dimeriahkan lagi dengan persembahan khas (nasyid) oleh anak-anak 'New Fatih' dari Khalifah Model School yang sangat mengesankan.
Syabas, tahniah, dan terima kasih juga diucapkan kepada rakan penganjur, terutamanya Ust. Syaari yang memberi kepercayaan kepada GPTD selaku penganjur bersama.
Terima kasih juga diucapkan kpd Sdr. 'Fetyan' Afzan, Sdr. Adham, Sdr. Izham, dan Sdr. Firdaus selaku urusetia dan peserta seminar kali ini mewakili GPTD.
Pihak GPTD juga komited untuk meneruskan kerjasama dengan rakan-rakan penganjur dan para pembicara dalam program-program akan datang.
Bertitik tolak dengan kejayaan seminar kali ini, GPTD Fatih akan menggerakkan 'Gerakan Kesedaran Inspirasi Fatih' ke seluruh negara dalam masa yang terdekat.
Program dijangka akan dimulakan di Perak pada suku keempat tahun ini. Semua pihak yang berminat untuk menjadi rakan penganjur boleh menghubungi kami di najm29@yahoo.com
Semoga segala urusan akan diberkati-Nya.
No comments:
Post a Comment